I took this from another site(mhzone.net/lifezone) which i already wrote in bahasa malaysia.ill try to find some time to english-fy it
Assalamualaikum.Saya yakin anda semua tahu mengenai konflik di palestin dan juga gesaan beberapa pihak untuk memboikot barangan Israel.Saya akan cuba beri pandangan peribadi saya dalam hal ini selepas membaca dari beberapa sumber.Saya selalu dengar bab-bab boikot ni dari khutbah jumaat.3 kali saya pergi solat jumaat di kolej saya,dengar mengenai boikot.Saya terfikir,kalo boikot,syarikat mereka jatuh,seperti yang dimahukan oleh beberapa pihak.Tapi pernah atau tidak mereka fikir yang hampir 90 peratus pekerja MC Donald adalah orang melayu seagama dan seakidah dengan kita.Golongan yang kita gelarkan sebagai ’saudara’.Sanggupkah kita biarkan saudara kita kehilangan pekerjaan untuk menampung hidup?
Kemudian saya fikir,boikot KFC sebab ia produk Israel.Tapi cuba kita muhasabah diri dan situasi.KFC terkenal.Maju.Tidak terkira jumlah cawangan nya dia seluruh dunia.Itu kita tahu,tapi pernah kita tanya kenapa KFC milik orang Israel,bukan milik orang Islam.Kenapa tidak ada variasi,alternatif kepada KFC yang merupakan milik orang Islam?Sekarang mungkin ada RFC.Bagus.Tapi kenapa tiada Intel versi orang Islam?Kenapa tiada Starbuck versi orang Islam?Kenapa tiada National Geography versi orang Islam.Walau ia milik orang Israel,kita tidak boleh nafikan syarikat ini telah memberi sumbangan yang terlalu banyak kepada umat dunia,samada orang Islam,Kristian atau Israel.Tanpa komputer,dunia lumpuh.National Geography yang memberi banyak makklumat dan pengetahuan kepada kita.Kita juga tahu menuntut ilmu itu fardhu ain.
Jika alasannya kerana mereka kaya,saya anggap tidak rasional.KFC tidak muncul di muka bumi ini dengan seribu cawangan serentak.Mesti mereka bermula dengan jual di kaki lima,buka gerai seperti yang terdapat di Malaysia.Kemudia mereka bertambah-tambah maju.Tiada handicap.Tiada bias.Tiada berat sebelah.Situasinya sama dengan belajar.Yang rajin dapat result cemerlang,yang malas kena tendang sekolah.Rasionalkah kita benci kaum lain yang pandai kerana mereka rajin sedangkan kita malas dan tidak memajukan diri kita?Kita mampu jadi semaju mereka,tetapi hakikatnya tidak.Kenapa?Mengapa?Bukankah persoalan ini lebih penting di ajukan,dihuraikan oleh bijak pandai agama kita?Dihuraikan dikhutbah solat Jumaat.Dibincangkan di ceramah-ceramah agama.
Saya pernah ternampak di surau berhampiran kawasan rumah saya.Terdapat poster para ‘pembunuh orang islam’.Terdapat gambar Bush,menteri Israel,Obama dan juga Raja Mesir.Kenapa ada gambar pemerintah negara yang didalamnya ada Kaabah?yang sama akidah dengan kita?Selain itu,saya terbaca di internet,terdapat statement dari seseorang mengatakan bahawa negara-negara Islam memberi bantuan senjata kepada Palestin kerana mereka ingin memanjangkan peperangan.Kerana sekiranya perang tercetus,antara barang yang sangat diperlukan adalah minyak,mungkin bagi keperluan kereta kebal dan pembuatan senjata.Maka negara-negara Islam yang mempunyai sumber petroleum yang banyak mengaut keuntungan sekiranya peperangan berlaku.Kedua-dua sumber ini tidak meyakinkan,ada kemungkinan ianya fitnah.Tapi ada relevannya.Saya tengok di kaca televisyen,presiden Iran memberi ceramah dengan penuh semangat mengutuk Israel,tapi tiada bantuan pun di bumi Palestin.Hanya menjerit di tepi shaja tetapi tidak meringankan kesengsaraan rakyat Gaza.Dan bantuan yang mereka terima adalah senjata.Kenapa tidak beri sahaja ubat.Jika diberi senjata,bukannya boleh menang pun,bilangan orang Israel terlalu ramai.Tambahan pula dengan sekatan sempadan oleh Mesir.Lebih baik hantarkan ubat,pulihkan yang cedera.Bina semula Palestin.Bukan panjangkan penyembelihan ini.Mengenai sempadan,inikah sikap seorang saudara?Memekakkan telinga,membutakan mata terhadap saudaranya yang dibunuh.Bagi saya,persoalan ini yang harus dihuraikan di khutbah Jumaat dan cermah-ceramah agama.
Mengenai Palestin,bagi saya kita tidak perlu berperang dengan roket buatan sendiri.Bina negara dengan pesat,maju,dan tentang mereka dengan ekonomi.Seperti Jepun.Dengan itu kita boleh mengatasi monopoli mereka.Dari segi jangka masa panjang,ini lebih menguntungkan para umat Islam.Tiada lagi kebergantungan kepada barangan Israel.Beri pendidikan yang sempurna pada anak-anak Gaza.Saya percaya,ramai yang tahu bahawa Palestin dahulu yang memprovoke Israel dengan menyerang mereka dengan roket buatan sendiri.Ada yang mengatakan Israel yang membina penempatan berdekatan dengan Gaza.Walau apa pun ceritanyasaya percaya keamanan paling penting.Elakkan pembunuhan.Kekalkan keamanan,bina negara biar maju,tingkatkan tahap pendidikan anak-anak Gaza.Itu lebih menguntungkan bukan sahaja rakaya Palentin sendiri,tetapi seluruh umat Islam seluruh dunia
Saya sering dengar bahawa Israel maju kerana Allah S.W.T. memberi kebijaksanaan kepada mereka.Tapi bagi saya,adakah itu boleh digunakan sebagai alasan kepada kelemahan dan ketidakmampuan kita membina ekonomi yang teguh dan maju?alasan kepada kegagalan kita untuk bersatu,tidak mementingkan harta benda,saling bantu membantu dan menakluk semula dunia dengan cara yang bertamadun seperti zaman tamadun Uthmaniah.Mereka pernah menghadapi holocaust oleh Hitler dan Nazi,sehingga hampir pupus.Kita tidak alami semua itu.Mereka kaum yang dilaknat oleh Allah S.W.T. tapi kita kaum yang berada dijalan yang benar.Jalan Allah S.W.T.Kenapa kita kalah kepada mereka.Saya percaya jawapannya adalah kelemahan dari kita sendiri.Kegagalan kita untuk bersatu padu seperti mereka.Sekiranya mereka kaum dilaknat sekalipun,kita tidak boleh menafikan kejayaan yang mereka beri kepada umat dunia manakal kita?masih membuat roket buatan sendiri.Ia adalah konsep mudah:jika berlaku benda yang buruk,lihat diri sendiri,muhasabah diri,bukan tunding jari pada orang lain.
Saya sejujurnya tidak menghalang usaha memboikot.Tidak sedetik pun hati saya menentang usaha boikot.Tetapi adakah kita hanya akan boikot?Tanpa usaha memajukan diri kita,mengenali kesilapan kita dan ubah supaya kita menjadi lebih baik dimasa akan datang?.Muhasabahlah diri.Muhasabah diri.Bukan tunding jari cari kesalahan orang lain.
No comments:
Post a Comment